Aku lihat dalam.
dalam sampai tembus cermin ajaib.
aku cuba cari
mana aku? siapa aku?
lama lagi kah?
semoga Dia bagi aku peluang.
Isnin, 27 Jun 2011
Sabtu, 11 Jun 2011
Jumaat, 10 Jun 2011
Rabu, 1 Jun 2011
Si Teruna Sebelah Perawan
Gua jalan sorang-sorang. bodyglove merah bercampur warna yang entah berapa warna entah di bahu kanan. earphone putih tersumbat dalam telinga terkeluar dari beg menjalur dari telefon pegang dalam bodyglove.kaki gua penat macam nak pitam nak pengsan. membe gua tak keluar lagi dari wayang. penat gua tunggu.
Gua keluar kan telefon pegang tekan tekan punat contacts. tutt tuttt tunggu panggilan disambung kan. helo? helo ha nia. dan bla bla bla. tekan butang merah, habis tamat. habis kredit gua dibuatnya. bosan lagi sambil-sambil lagu-lagu menjamah halwa telinga. tekan contacts lagi. bawah bawah bawah. tutt tuut tekan butang merah balik. itu tandanya miscall.
Tett tett tett tett. mesej masuk. gua buka. ain ! ain ! dan bla bla bla. bila nak habis tengok wayang dorang ni. sedang gua leka mendengar lagu yang menusuk jiwa dan raga perawan gua ini, seorang teruna menghampiri dengan membawa waffle dan air milo dari daily fresh yang baru dia beli. dia letak makan dan minum dia dulu atas kerusi sebelum punggung nya menjamah. gua menarik bodyglove dekat menghampiriku bagi memberikan dia ruang untuk duduk.
Si teruna mengeluarkan earphone berwarna hitam dan MP3 nya. mendengar lagu sama seperti gua. gua diam. dia diam. masing-masing buat hal sendiri. bodyglove gua jadi pemisah. gua tengok orang jalan lalu lalang, dia tengok orang lalu lalang. gua toleh dia. dia toleh gua. gua terus alih pandang.
Gua pusing-pusing telefon pegang gua. mana membe gua ni. akhirnya telefon pegang gua bunyi. gua tengok depan 07. rumah mana pulak call aku ni. gua hello hello banyak kali. takde respon. sampai si teruna tengok aku hairan kening bersambung *mungkin. telefon pegang aku bunyi sekali lagi. heloo? haa dengar pun. 'kau dekat mana? kitorang tunggu dekat KFC'. 'okey okey aku gerak'.
Gua masuk kan balik telefon pegang dalam bodyglove. betul betul kan earphone. tegak kan badan kejap. tengok kiri kanan. tengok si teruna tu tengah makan waffle lagi. sekali sekali air milo nya dihirup. gua bangun gerak. atur langkah menghayun kaki meninggalkan si teruna. semoga jumpa lagi. kau comel. babai
Selasa, 31 Mei 2011
Jiwa Haloba Manusia
Kadang-kadang, kita tak sedar apa yang kita buat. sedangkan apa yang kita buat itu salah. kita anggap benda tu perkara biasa tetapi orang lain anggap benda itu luar biasa.
Kita tak kan pernah buat orang rasa puas. kerana lumrah manusia, nafsu manusia memang tak kan pernah puas sampai bila-bila.
"jangan pernah kau hirau dengan kata-kata mereka atau kau akan jatuh dengan kata-kata mereka itu kelak".
Langgan:
Catatan (Atom)