Sabtu, 22 Oktober 2011

Farewell





Aku dah takde dekat sini. dah berhijrah pergi ke tempat lain. tempat ni dah hanyir, busuk, bau longkang aku sendiri tak suka. aku pergi mencari tempat yang lebih aman. selamat tinggal. semoga kita berjumpa lagi. insyaAllah.

Jumaat, 23 September 2011

Die

Aku nak cakap satu benda je :
















'Aku matiiiiiiiiiiii...........................................'

Ahad, 18 September 2011

Ucapan Sendiri

Assalamualaikum. lama aku tak pergi sini. menconteng setiap apa yang terlintas di fikiran. kadang membuat aku rindu seketika. walau aku tau aku jauh lagi di belakang. hidup aku sendiri macam tak tentu arah. kalau aku gembira sekalipun, sekejap boleh hilang. aku longlai di bawa arus masa. aku harus memilih arah tuju aku kini untuk aku di hadapan nanti. aku tak suka. aku takut salah pilih. bak kata Bob 'aku lebih suka dipilih daripada memilih'. aku longlai di bawa arus teknologi. aku nak sendiri. aku tak suka Facebook yang semakin lama macam tahi. tunggu masa untuk aku hilang di sana. tapi aku sayang di sini.


InsyaAllah aku tau apa yang aku buat. aku akan buat yang terbaik untuk semua. kalau aku berjaya sekalipun bukan hanya usaha aku sendiri, tetapi kalian yang sentiasa ada di hadapan mata aku yang tak pernah berhenti beri aku nasihat dan semangat. 


May God Bless ~~

Jumaat, 5 Ogos 2011

Jangan bimbang. aku masih di sini mencari ketenangan diri yang penuh onak duri. insyaAllah aku akan kembali dengan senang hati.

Jumaat, 1 Julai 2011

Hijab di kepala
alhamdulillah
lurut ke bawah
lengan terbuka
geleng kepala


Datang lelaki
pegang tangan
cubit pipi
laga badan
mungkin boleh tanggal
hijab di kepala itu
ianya bukan fesyen


Jangan main dengan
agama boleh?