Jumaat, 15 April 2011

Seperti biasa dorang lepak di warung mamak sampai larut malam :

Abu : 'agak-agaknya lah kan kalau aku takde nanti apa kau rasa?' sambil mengeluarkan asap dari mulutnya.

Ali : 'barua. lu apehal nak touching sangat malam ni ha?' gelak sambil di selang selikan dengan hembusan nikotin. 'kau nak pergi mana je ? mengarut lah dherr !'

Abu : 'entah lah. yelah mana tahu nanti aku nak lintas jalan ke, naik motor balik ke kena seret dengan trailer. masa tu jugak mampos.'

Ali : 'dah dah tak payah nak buka cerita bodoh kau tu. pergi bayar sana. macam biasa aku punya masuk buku tiga lima eh.' lebar senyum nya sambil kening nya di angkat angkat.

Abu sengih. dah masak sangat dengan perangai membernya yang sekor tu. dia bangun menapak untuk ke kaunter bayaran. 'DUMMMM'. Ali yang sedari tadi membelakangkan restoran terpana ! terpaku ! matanya terbuntang luas sehingga mahu terkeluar.

Dia bangkit menuju ke tempat orang berkerumun. naluri kejantanannya lebur akhirnya. kolam matanya sudah panas. dia terduduk dan terngiang-ngiang ayat Abu di telinga nya. 'hoi kau buat apa duduk sini?' suara garau itu. macam pernah dia dengar. dia berpaing dan mendongak melihat empunya siapakah suara itu. tunduk. menyeka air matanya sepantas mungkin.

Ali : 'cilaka ! lu pergi mana tadi bhai?' suara nya tersekat sekat menahan sebak.

Abu : 'gua kat tepi ni lah. tak sempat lintas lagi. Allah panjang kan umur aku Li' kata Abu tenang.

Ali : 'Lahh aku ingat kau yang kena langgar tadi' ketawa besar. laser sungguh.

Abu : 'lu mulut dengan longkang memang adik beradik kan?'

Ali : 'wakluuu'

Abu : 'dah gerak ahh dho esok gua ada kelas pagi'.

Abu jalan mendahului Ali. Ali hanya memandang Abu dari belakang. Ali bermonolog sendirian 'kalau lah kau tahu aku hampir nangis tadi sebab ingat kau yang kena langgar, baru aku perasan aku akan meraung dalam senyuman yang palsu bila kau takde Bu'.

Langkah Abu mati. dia berpaling ke belakang. pelik kenapa Ali dari tadi hanya membatu. 'kau memang nak tidur dekat sini ke apa ni?'. Ali sengih menampak kan barisan giginya. 'tali kasut tercabut tadi' seraya mengatur langkah ke arah Abu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan